Sunday, 6 September 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kami ucapkan kepada Puan Mazlina Bt Omar iaitu pensyarah Pengajian Malaysia dan pada semua yang sudi berkunjung ke blog kami ini . Kami dari kumpulan 9 dalam pelajaran Pengajian Malaysia terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Muhammad Nur Attif Bin Noordin ( 16DKA15F1104 ) , Muhammad Safwan Hanif Bin Sahul Hameed ( 16DKA15F1099 ) dan Muhammad Danial Bin Chek Zulkefle ( 16DKA15F1100 ) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ( PTSB ) , Kulim , Kedah ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai topik yang kami akan kongsikan . Topik yang akan kami kongsikan ada 2 tajuk iaitu (1) Pembangunan dan Alam Sekitar dan (2) Konsep Pembangunan Insan .

 Tajuk 1 : Pembangunan Dan Alam Sekitar .



 Maksud Pencemaran Alam Sekitar .

Pencemaran merupakan bahan pencemar yang telah masuk seperti bahan kimia,haba,cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang boleh mengakibatkan kemusnahan,membahayakan kesihatan,mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu ameniti. 

Jenis-Jenis Pencemaran .

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku.Tetapi ianya terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-  

 (1) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.

 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi,dilanda ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.

 (2) Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia.

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak disengajakan.Antaranya ialah:-


  • Pencemaran Udara 

Contohnya,gas-gas beracun,zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan,jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.



  •  Pencemaran Air

Contohnya,pembuangan air kumbahan,sisa-sisa kimia,haba ,pembuangan sampah dan sebagainya.



  • Pencemaran Tanah/Darat

Contohnya,pemusnahan hutan akibat pembalakan,pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal. 

 

Pencemaran Air.


 Air boleh tercemar melalui :-

  • Pembuangan sampah yang tidak teratur.
  • Sisa pembuangan daripada kilang.
  • Hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa.
  • Tumpahan minyak. 


Kesan daripada pencemaran air iaitu :-

  • Menjejaskan kesihatan.
  • Hidupan laut akan pupus.
  • Keindahan alam sekitar akan terjejas.


Antara penyakit bawaan air yang tercemar :-

  • Hepatisis
  • Cryptos Poridium
  • Cirit Birit

Sumber-sumber pencemaran air ialah :-

  • Kuprum
  • Zink
  • Plumbum
  • Kalium 



 Pencemaran Udara.

Pencemaran udara membawa maksud berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera sehingga menyebabkan berlakunya perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan haiwan.

Jenis-jenis bahan pencemaran :-

  • Karbon Monoksida
  • Nitrogen Dioksida
  • Plumbum
  • Sulfur Dioksida


Antara punca berlakunya :-

  • Asap kenderaan
  • Bahan pencemaran daripada kilang
  • Pembakaran terbuka
  • Penggunaan baja dalam sektor pertanian


Kesan berlakunya :-

  • Penipisan lapisan ozon
  • Hujan asid
  • Pemanasan global


Kesan pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan :-

  • Apabila kita menarik nafas,udara yang tercemar memasuki ke dalam badan dan mengakibatkan sesak nafas dan pandangan menjadi kabur.
  • Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit apabila menyedut.
  • Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata.  


Tindakan semasa jerebu :-

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan(indoor).Jika terpaksa berada di luar,orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut(mask) jenis 3 ply.
  • Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu,gunakan penghawa dingin.Pilih operasi(mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong(sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar. 

Kesan kesihatan akibat jerebu.

Memburukkan keadaan penyakit kronik yang dihidapi seperti :-

  • Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik.
  • Asma.
  • Radang paru-paru.
  • Sakit jantung.
  • Sakit tekak.
  • Sakit mata.
  • Batuk
  • Selsema.



Pencemaran Tanah/Darat.


Pencemaran tanah/darat adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah lingkungan tanah alami.


Tanah Subur :-

  • Limbah Pabrik
  • Limbah Domestik
  • Tanah Tercemar
  • Limbah Pertanian


Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :-

  • Pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat
  • Penyemburan racun serangga
  • Aktiviti pembinaan perlombongan dan pembalakan 


Kesan pencemaran tanah :-

  • Hakisan tanah
  • Membunuh haiwan dibawah tanah
  • Menjejaskan kesihatan
  • Kekurangan tanah subur



Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.


(1) Pemeliharaan Alam Sekitar.

  • Perbuatan memelihara,pembelaan dan perawatan.


(2) Pemuliharaan Alam Sekitar.

  •  Proses usaha dan perbuatan memulihara sesuatu.

 Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

  • Mengelakkan daripada suhu bumi meningkat.
  • Mendapatkan bekalan air bersih yang tidak tercemar.
  • Menghindarkan daripada pemanasan global.
  • Mengelakkan daripada kepupusan flora dan fauna.


Kaedah yang digunakan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

  •  Penubuhan Jabatan Alam Sekitar(JAS) adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. 
  •  Dasar Alam Sekitar telah diwujudkan bagi menjadikan Malaysia sebagai tempat yang selamat dihuni,bersih dan juga sihat. 
  • Jabatan Alam Sekitar(JAS) berperanan mengadakan kempen mengenai alam sekitar di seluruh Malaysia. 
  •  Kerajaan juga telah mewujudkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan undang-undang bersampingan dengan menetapkan supaya penilaian kesan alam sekitar,penilaian awal tapak projek dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan.
  •  Aktiviti-aktiviti berhubung dengan perkilangan dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Ketua Kualiti Alam Sekitar sebelum melaksanakan projek.

Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.

Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran,kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.Langkah-langkahnya yang perlu diambil iaitu :-


  • Tidak boleh membakar sampah dikawasan yang terbuka  
  • Menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun daripada kilang-kilang dan kenderaan. 
  •  Membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan.
  •  Mengawal aktiviti pembinaan perlombongan dan pembalakan.
  • Memberikan kempen kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
  • Menjalankan kitar semula bahan-bahan buangan. 


Penggunaan tong sampah yang berwarna :-


(1) Tong sampah berwarna biru.

  • Kegunaan : Kertas
  • Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar,majalah,buku,helaian kertas katalog,risalah,kalendar,kad,sampul surat dan kotak kadbod
  • Tidak termasuk kertas tisu,kertas karbon,kertas minyak/aluminium,kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor


(2) Tong sampah berwarna coklat.

  • Kegunaan : Kaca
  • Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan,balang makanan,botol vitamin dan botol kosmetik
  • Tidak termasuk kristal,cermin,cermin tingkap,skrin kenderaan,porselin,seramik,logam,peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik

(3) Tong sampah berwarna jingga.

  • Kegunaan : Tin aluminium,tin keluli dan plastik
  • Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan 
  • Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah,botol minuman,botol air mineral,bekas makanan,botol cecair pencuci dan botol vitamin
  • Tidak termasuk bekas cat,bekas bahan toksik,peralatan makmal dan bekas styrofom

Rujukan .

(1) Buku Pengajian Malaysia Karya Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin Edisi Kelima muka surat 476 - 483
(2) https://www.youtube.com/watch?v=Pzb_YxxwTus
(3) https://www.youtube.com/watch?v=46qCFfwwdHs
(4) https://www.youtube.com/watch?v=U3K70UdHhk4


 Kesimpulan daripada tajuk ini.

Setelah menyiapkan tugasan ini,saya mendapati bahawa keadaan bumi kita ini semakin uzur dan tua.Kelalaian manusia menyebabkan lapisan ozon bumi kita ini semakin nipis.Manusia yang membuang sampah di merata-rata tempat juga telah menyebabkan alam sekitar menjadi tidak sihat.

Dengan langkah-langkah yang diwujudkan oleh kerajaan,kita dapat membantu bumi kita ini daripada menjadi semakin tercemar.Sebagai penghuni di bumi ini,kita hendaklah menjaga kebersihan dan menghindarkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengakibatkan bumi kita ini tercemar.

 Pengajaran

Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.

Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.

Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.

Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.

Soalan Pengukuhan 
 
(1) Apakah peranan penting dalam Jabatan/ Agensi di bawah NRE?
(2) Apakah bidang tanggungjawab NRE?
(3) Apakah latar belakang penubuhan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar?
(4) Berapakah Jabatan/ Agensi yang berada di bawah NRE?
(5) Apakah usaha yang dilakukan kerajaan bagi mengatasi masalah pencemaran udara terutama kesan pembakaran hutan?
(6) Bagaimana tahap kesedaran rakyat mengenai pencemaran udara dan kesan yang dijangkakan berlaku kepada negara kita. Apakah persediaan Kerajaan bagi menghadapi perubahan paras air laut akibat Pemanasan Global?
(7) Apakah langkah Kementerian bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia akan fenomena perubahan iklim (Climate Change) yang kini melanda seluruh dunia?
(8) Adakah Kementerian bercadang mewujudkan Pelan Dasar Perubahan Iklim bagi mengambil langkah pencegahan terhadap fenomena alam?
(9) Apakah langkah-langkah yang dirancang dan telah diambil oleh pihak Kementerian di dalam menyumbang ke arah​ kawalan pemanasan global?
(10) Apakah pelan induk negara bagi memastikan bahawa paras pengeluaran karbon dapat dikawal?




Tajuk 2 : Konsep Pembangunan Modal Insan .


Definisi Modal Insan .


  • Merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mengandungi nilai,etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi .
  • Menurut YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,melihat pembangunan modal insan sebagai :-
 (1) Meningkatkan keupayaan pengetahuan,kreativiti dan inovasi negara.
(2) Memupuk " minda kelas pertama " disamping penekanan akan diberikan ke arah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.


 Kepentingan Modal Insan .


  • Menjana pendapatan negara.
  • Pembangunan negara pada masa akan datang.
  • Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020.
  • Membantu kerajaan dalam membangunkan negara.


Teras Pembangunan Modal Insan .


  • Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.
  • Membangunkan universiti bertarafkan antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan pada peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.
  • Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.
  • Memperluas dan memperkemas perbincangan dan perundingan antara kerjaan,sektor swasta,ibu bapa dan masyarakat.
  • Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.



Tindakan-Tindakan Pembangunan Modal Insan .


  • Ekonomi :- 


 (i) Melancarkan Iskandar Malaysia
(ii) Mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara(NCER)
(iii) Melancarkan Wilayah Ekonomi Koridor Timur(ECER)
(iv) Melaksanakan Program Transformasi Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC)


  • Sosial :-


(i) Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) bertujuan membangunkan warga muda yang berdisiplin,daya tahan dan daya kepimpinan
(ii) Memperkasa tenaga muda bertujuan membangun Belia 3K iaitu menguasai kemahiran,kepimpinan dan keusahawanan
(iii) Melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) dimana badan-badan korporat membantu golongan kurang upaya


  • Politik :-


(i) Melahirkan pemimpin yang berketerampilan,dikagumi, dihormati dan dipercayai


  • Kerohanian :-


(i) Memperkenalkan konsep Islam Hadhari bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau disebut " Ummatan Wasatan "


Memperkasa Pembangunan Modal Insan .


  • Memperkasa Sekolah Rendah Dan Menengah :-


(i) Sejumlah RM30 Billion telah diperuntukkan melalui perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP)
(ii) Sebanyak 60 buah sekolah kluster telah diwujudkan pada tahun 2008 untuk meningkatkan mutu dan kualiti sekolah-sekolah di Malaysia
(iii) Sebanyak RM50 Ribu diberikan setiap sebuah sekolah kluster bagi membangunkan kegiatan kokurikulum,latihan serta pembelian peralatan untuk pembelajaran


  • Pendidikan Untuk Semua :-


(i) Perkara terbaru yang diusahakan oleh kerajaan pada masa ini adalah memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah
(ii) Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) diberikan kepada semua pelajar tidak mengira pendapatan bagi seisi rumah
(iii) Para pelajar diseru agar aktif dalam kegiatan kokurikulum,badan beruniform dan kelab untuk membentuk sifat kepimpinan dan sahsiah pelajar
(iv) Setiap individu perlu mendapat hak ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup


  • Memartabatkan Profesion Perguruan :-


(i) Meningkatkan elaun guru pendidikan khas daripada RM100 kepada RM250 sebulan
(ii) Menyediakan elaun sebanyak RM60 sejam bagi lepasan Ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan Diploma kepada guru yang mengajar Bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan
(iii) Menaikkan elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada RM85 kepada RM150 sehari


  • Memantapkan Pengajian Tinggi :-


(i) Menjenamakan semula Kolej Komuniti melalui penyediaan kursus pada peringkat Diploma dan menggiatkan kolaborasi dengan syarikat swasta
(ii) Menaik taraf serta memperluas Universiti Malaysia Kelantan,Universiti Darul Iman dan Universiti Pertahanan
(iii) Meningkatkan aktiviti penyelidikan,pembangunan dan pengkomersilan di 4 buah Universiti Penyelidikan
(iv) Meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi MARA bagi mencapai sasaran 200,000 mahasiswa menjelang 2010


Komponen-Komponen Utama Pembangunan Modal Insan .


  • Ibu bapa :-


(i) Ibu bapa perlu bijak mewarnai dan mendidik jiwa dan perlakuan anak-anak mereka agar sentiasa berada di landasan yang betul
(ii) Ibu bapa perlu bijak mencari masa yang sesuai untuk bersama dengan anak-anak walaupun sibuk bekerja
(iii) Ibu bapa perlu memainkan peranan menyediakan landasan untuk anak mereka mendapatkan ilmu pengetahuan duniawi serta ukhrawi bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
(iv) Ibu bapa perlu mengetahui ke mana anak kita pergi,masalah yang dihadapi,kehendak serta menasihati mereka setiap masa


  • Badan Kerajaan & Bukan Kerajaan :-


(i) Sokongan dan galakan dengan memberi mereka sijil penghargaan dan hadiah-hadiah tertentu
(ii) Badan-badan kerajaan boleh bekerjasama ke arah pembangunan modal insan yang lebih cemerlang
 (iii) Pembangunan modal insan memerlukan sokongan daripada banyak pihak dan tidak terhad kepada ibu bapa dan sekolah sahaja


  • Institusi Pendidikan :-


(1) Sekolah .


(a) Sebagai agen sosialisasi pelajar dimana pelajar dapat bergaul dengan kawan-kawan
(b) Sebagai tempat untuk membangunkan sahsiah pelajar yang seimbang


(2) Universiti .


(a) Melahirkan graduan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani bagi membangunkan agama,bangsa dan negara
(b) Mengeluarkan graduan yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan mampu menjadi penyelesai masalah kemanusiaan


 Membentuk Modal Insan Cemerlang .


  • Ada Nilai Tambah :-


(i) Graduan perlu ada suatu kemahiran yang di luar dari pengkhususan mereka
(ii) Jadikanlah tambah nilai ini sebagai satu budaya kita,tambah nilai pada diri,tambah nilai kepada hasil kerja,tambah nilai kepada barang-barang yang dihasilkan
(iii) Tanpa nilai tambah tersebut,seseorang itu akan sukar untuk memasarkan dirinya dalam pekerjaan yang penuh persaingan


  • Kuat Pegangan Agama :-


(i) Mendidik manusia menjadi umat yang baik,patuh kepada agama,ibu bapa dan menghormati orang tua
(ii) Modal insan cemerlang mempunyai pegangan agama yang kukuh dan tidak mudah digugat oleh pihak-pihak tertentu
(iii) Individu yang kuat pegangan agama akan sentiasa mengatur hidupnya dengan baik dan patuh terhadap perintah agama


  • Berusaha Sendiri :-


(i) Sikap sentiasa mengharapkan bantuan orang lain ini menjadikan sesuatu bangsa itu mundur dan sukar maju ke hadapan
(ii) Modal insan yang masih belajar lagi haruslah diberi peluang untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain
(iii) Seseorang itu perlu belajar hidup berdikari kerana pada zaman yang serba moden ini,orang yang ke depan,dialah yang maju


  • Memahami Kehidupan Masyarakat Majmuk :-


(i) Setiap kaum mestilah menghormati perbezaan antara kaum bagi mengeratkan hubungan sesama kaum itu
(ii) Setiap individu itu mestilah memahami persamaan dan perbezaan kaum dengan betul
(iii) Sebagai seorang masyarakat yang majmuk,kita perlulah memahami persamaan dan perbezaan yang ada dalam sebuah masyarakat majmuk itu



Halangan-Halangan Dalam Membangunkan Modal Insan Berkualiti .


  • Kurang Penghayatan Terhadap Islam :-


(i) Golongan remaja pada masa kini mestilah mempunyai akidah yang tinggi bagi memastikan keharmoniaan tamadun pada masa akan datang
(ii) Kita harus sedar bahawa kekuatan pegangan akidah sesuatu bangsa yang sudah semestinya diterajui oleh modal insan berakidah terpuji
(iii) Pengamalan akidah yang tinggi mampu membentuk modal insan yang kuat dan mampu bersaing dengan orang luar
(iv) Modal insan yang mendapatkan pendidikan Islam yang sempurna dan berlandaskan akidah yang betul berupaya membentuk tamadun yang unggul dalam tamadun dunia


  • Masalah Sosial Yang Semakin Berleluasa :-


(i) Satu fenomena dimana berlakunya pembunuhan rompakan,ragut,buang bayi,ponteng sekolah dan biadap kepada ibu bapa dalam kalangan generasi muda kini
(ii) Akhlak remaja masa kini semakin nipis ditelan zaman kerana terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang dibawa dari luar
(iii) Sesetengah remaja dan belia yang terjebak dengan perkara-perkara negatif seperti penagihan dadah,pengambil pil ectasy,seks bebas dan lain-lain lagi


  • Kurang Kecintaan Terhadap Ilmu :-


(i) Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan banyak wang bagi pembangunan pendidikan di Malaysia
(ii) Setiap graduan perlu mempunyai " life long learning " atau mencari ilmu tanpa henti
(iii) Graduan juga mestilah mempunyai sikap sentiasa ingin maju ke hadapan dan berasa tidak cukup dengan ilmu yang deperolehi
(iv) Bangsa yang maju dan berjaya merupakan bangsa yang berilmu dan menyebarkan kepada orang lain


  • Budaya Negatif Disebarkan :-


(i) Remaja masa kini mudah terikut-ikut dengan budaya "Hari Kekasih" yang sememangnya tidak berkait langsung dengan Islam
(ii) "Hari Kekasih" juga mendorong remaja melakukan maksiat sehingga hamil anak luar nikah
(iii) Golongan remaja masa kini lebih kepada budaya yang tidak sihat dan tidak sesuai dengan cara hidup,agama,akal budi dan nilai-nilai keislaman
(iv) Remaja masa kini mudah terikut dengan budaya yang tidak baik atau negatif dari orang luar



Kesan Kepada Bangsa Dan Negara .


  • Generasi muda perlu mempunyai nilai patriotisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan
  • Malaysia perlu mempunyai bekalan modal insan yang mencukupin bagi pembangunan pada masa akan datang
  • Hubungan Malaysia dengan negara luar yang baik menyebabkan Malaysia terkenal dimata pelusuk dunia.Hasilnya Malaysia menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan antarabangsa seperti Sukan Komanwel
  • Hubungan dengan negara luar juga membolehkan Malaysia membuat kerjasama terutamanya dari segi pembangunan sosial seperti sektor pendidikan 


Rujukan .


(1) Buku Pengajian Malaysia Karya Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin Edisi Kelima muka surat 484 - 495
(2) https://www.youtube.com/watch?v=tuNtzIxPSYA
(3) https://www.youtube.com/watch?v=hipvVQwwnfg
(4) https://www.youtube.com/watch?v=3W2VwExqWEM


Kesimpulan Dari Tajuk Ini .


 Setelah menyiapkan tugasan ini,saya menyedari bahawa modal insan sangat penting kepada sesebuah negara itu.Modal insan juga adalah aset yang sangat penting kepada sesebuah negara itu.Ini kerana,modal insanlah yang dapat membentuk sesebuah negara itu pada masa yang akan datang.Mereka ini jugalah yang akan menggantikan pemimpin-pemimpin untuk mentadbir negara ini supaya lebih maju dan akan hidup dalam keadaan yang selesa dan harmoni.


Sebagai ibu bapa,mereka haruslah memainkan peranan yang sangat penting supaya menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.Bak kata pepatah " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ".Pihak-pihak lain juga mestilah memainkan peranan masing-masing supaya modal insan ini tidak akan mudah terikut dengan anasir-anasir yang negatif di luar sana.

Pengajaran

Kerajaan Malaysia menerusi Teras Kedua Misi Nasional, 2006-2020 telah menggariskan iltizam untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa hadapan negara bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian warganya. Saluran utama penjanaan modal insan, Institut Pengajian Tinggi (lPT) di negara ini perlu memberikan perhatian khusus kerana melaluinya akan lahir generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis. Kini IPT tempatan sedang giat mefaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian sistem pendidikan dan latihan.

Penambahbaikan ini bertujuan meningkatan kualiti sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat Universiti untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. Kerajaan juga berhasrat mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan, di samping menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat pendidikan. Inisiatif Hasil Pembelajaran merupakan langkah awal yang diambil bagi menyediakan pelajar kepada pengalaman pendidikan yang lengkap yang dapat dimanfaatkan setelah mereka ini bergelar graduan khususnya ketika menempuh alam pekerjaan. Melalui inisiatif ini hasil pembelajaran yang kritikal akan ditentukan dalam membentuk program dan kursus. Dengan cara tersebut IPT mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mantap di samping membolehkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran diukur melalui pemantauan terhadap kualiti produk atau graduan yang dilahirkan.

Selain itu, IPT turut berhasrat untuk menjana graduan yang memiliki kemahiran yang menyeluruh dan seimbang bukan sahaja dari sudut kualiti intelektual bahkan juga dari segi kemahiran insaniah yang merangkumi pelbagai aspek insani seperti sikap dan akhlak. Kertas ini akan mengupas senario terkini pendidikan global dan tempatan, faktor-faktor keperluan dan kepenlingan pembangunan modal insan minda kelas pertama. Tanggungjawab dan peranan IPT dalam pembangunan modal insan kelas pertama turut dihuraikan.

Soalan Pengukuhan

(1) Definisi modal insan dan pembangunan modal insan?
(2) Maksud guru penjana modal insan cemerlang?
(3) Guru penjana modal insan cemerlang.Sebagai pendidik,bagaimanakah anda menghayati tema hari guru di atas demi meningkatkan martabat profesion keguruan di negara kita?
(4) Kenapa dikatakan globalisasi mampu menghakis jati diri generasi muda?
(5) Bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu?
(6) Apakah itu personaliti unggul dan ciri-ciri kepada generasi muda kini?
(7) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan pembangunan yang lebih seimbang antara bandar dan luar bandar yang membolehkan rakyat luar bandar dapat menikmati sama kemudahan-kemudahan di bandar?
(8) Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kerajaan untuk mencapai pembangunan serantau yang seimbang?
(9) Apakah pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai melalui kerjasama BIMP-EAGA dan adakah Malaysia berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai setakat ini?
(10) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kejayaan BIMP-EAGA boleh dicapai?